PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PROGRAM PERBAHASAN INTERAKTIF DEBAT@NADI KAMPUNG CHENGAL

10 Jun 2026 – Program Perbahasan Interaktif DEBAT@NADI merupakan satu aktiviti yang dianjurkan untuk menggalakkan peserta, khususnya golongan belia dan komuniti setempat, mengasah kemahiran komunikasi, pemikiran kritis serta kebolehan berhujah secara berhemah. Program ini menyediakan platform kepada peserta untuk membincangkan isu-isu semasa melalui sesi perbahasan yang interaktif dan berinformasi.

Melalui program ini, peserta didedahkan kepada teknik penyampaian hujah yang berkesan, kemahiran mendengar pandangan berbeza, serta budaya perbincangan yang sihat. Selain meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi, program ini turut memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan keterbukaan dalam menerima pelbagai perspektif.

Secara keseluruhannya, DEBAT@NADI berjaya menjadi medium pembelajaran yang menarik dalam membentuk masyarakat yang lebih berilmu, berfikiran kritis dan mampu menyuarakan pendapat secara matang serta bertanggungjawab.

Jumlah peserta
– 10 orang peserta
– 3 orang pegawai JAPEN
– 5 orang pertugas NADI
NADI Kampung Padang Kala,NADI Kampung Chengal,NADI Kampung Kadok Dalam,NADI Kok Lanas.
Taklimat Pegawai JAPEN
1-Konflik peperangan di Timur Tengah dan Ukraine.
2-Penutupan Selat Hormuz dan kesan kepada Ekonomi Dunia.
3-Krisis bekalan tenaga dan kenaikan Harga Bahan Api Global
4-Impak perang kepada ekonomi Malaysia
5-Isu bekalan beras Malaysia
6-Langkah-langkah penjimatan dan saranan pihak Kerajaan.
Isu berbangkit
1- Kenaikan harga barangan keperluan.
2- Kenaikan mendadak harga Diesel Semenanjung Malaysia.
3- Keberkesanan penyelarasan Subsidi Petrol dan penguatkuasaan.
4- Penambahan dana BUDI Madani Agri-Komoditi untuk Sektor Pertanian.
5- Warga Rohingya / Pakistan dan Kad UNHCR
– Kempen Internet Selamat
Modul Ringkas Keibubapaan Digital

Berita Berkaitan