23 Oktober (Jumaat) – Program Kempen Internet Selamat bagi Modul Dewasa telah berjaya dilaksanakan di NADI Kampung Padang Kala dengan penyertaan seramai 27 orang peserta. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta tentang penggunaan internet secara selamat, bijak dan bertanggungjawab. Melalui kempen ini, peserta didedahkan kepada kepentingan menjaga privasi dan keselamatan data peribadi, mengenal pasti penipuan dalam talian, mengelakkan penyebaran berita palsu serta mengamalkan etika yang baik ketika menggunakan media sosial. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran literasi digital dan mengaplikasikan amalan keselamatan internet dalam kehidupan seharian.

Program Jelajah KIS Peringkat PPD Kota Bharu bersama MCMC Hari ke-2
6 November 2025 – Program Jelajah KIS Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu) telah diadakan

