23 Oktober (Jumaat) – Program Kempen Internet Selamat bagi Modul Dewasa telah berjaya dilaksanakan di NADI Kampung Padang Kala dengan penyertaan seramai 27 orang peserta. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta tentang penggunaan internet secara selamat, bijak dan bertanggungjawab. Melalui kempen ini, peserta didedahkan kepada kepentingan menjaga privasi dan keselamatan data peribadi, mengenal pasti penipuan dalam talian, mengelakkan penyebaran berita palsu serta mengamalkan etika yang baik ketika menggunakan media sosial. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran literasi digital dan mengaplikasikan amalan keselamatan internet dalam kehidupan seharian.

WEBINAR BIJAK BERBICARA SIRI 2 | MEMBIMBING ANDA MENYAMPAIKAN SAJAK DENGAN YAKIN & EKSPRESI
23 Mei 2026 (Sabtu) – NADI Kampung Padang Kala telah berjaya melaksanakan Webinar Bijak Berbicara Siri

