23 Oktober (Jumaat) – Program Kempen Internet Selamat bagi Modul Dewasa telah berjaya dilaksanakan di NADI Kampung Padang Kala dengan penyertaan seramai 27 orang peserta. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta tentang penggunaan internet secara selamat, bijak dan bertanggungjawab. Melalui kempen ini, peserta didedahkan kepada kepentingan menjaga privasi dan keselamatan data peribadi, mengenal pasti penipuan dalam talian, mengelakkan penyebaran berita palsu serta mengamalkan etika yang baik ketika menggunakan media sosial. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran literasi digital dan mengaplikasikan amalan keselamatan internet dalam kehidupan seharian.

Mahir Gajet Intake 3 Minggu 1: Sesi Pengenalan Kepada Peserta
16 Januari 2026 – yang lalu, satu sesi Kelas Mahir Gajet bagi Minggu 1 telah

