PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT “FIKIR DULU SEBELUM POST: ETIKA DIGITAL”

5 September 2026 (Sabtu) – Program Webinar Kempen Internet Selamat bertajuk “Fikir Dulu Sebelum Post: Etika Digital” telah berjaya dianjurkan secara atas talian pada hari Sabtu, bermula jam 3.00 petang hingga 4.00 petang di NADI Kampung Padang Kala.

Webinar ini disertai oleh enam (6) orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak hingga golongan dewasa. Sesi ini memberi penekanan kepada kepentingan berfikir secara matang sebelum memuat naik atau berkongsi sesuatu di media sosial, khususnya dalam menjaga etika digital dan keselamatan komuniti maya.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan kebaikan berfikir sebelum pos seperti mengelakkan penyebaran berita palsu, menjaga maruah diri dan orang lain, serta membina imej positif di ruang digital. Penceramah juga turut berkongsi hal-hal berkaitan etika digital termasuk menghormati privasi, menggunakan bahasa yang sopan, dan memahami kesan jangka panjang kepada setiap perkongsian yang dikongsi dalam talian. Selain itu, penceramah juga turut memberikan contoh kes sebenar yang menunjukkan bagaimana tindakan tergesa-gesa di media sosial boleh membawa kepada salah faham, konflik, atau penyalahgunaan maklumat.

Pendekatan interaktif yang digunakan menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami oleh kanak-kanak, sambil memberi panduan praktikal kepada golongan dewasa untuk menjadi pengguna internet yang lebih bertanggungjawab. Diharapkan melalui penganjuran webinar ini, komuniti setempat akan lebih peka terhadap kepentingan etika digital, sekali gus melahirkan masyarakat yang bijak, berhemah, dan beretika dalam setiap perkongsian di dunia maya.

Berita Berkaitan