13 November 2025 – NADI Kampung Padang Kala dengan usahasama NADI Kampung Panjang Banggu, NADI Kampung Pantai Sabak dan NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh telah bekerjasama Sekolah Kebangsaan Mentuan berjaya melaksanakan Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) serta membuka Kaunter Perkhidmatan NADI Pintar pada 13 November 2025 (Khamis). Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di SK Mentuan.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penglibatan seramai 484 orang murid tahap dua SK Mentuan. Taklimat KIS memberi penekanan kepada aspek keselamatan penggunaan internet, kesedaran terhadap ancaman siber, serta kepentingan mengamalkan etika digital dalam kalangan murid. Usaha ini selaras dengan objektif NADI untuk memperkukuh literasi digital dan membentuk generasi celik teknologi yang bertanggungjawab.
Di samping itu, Kaunter Perkhidmatan NADI Pintar turut menyediakan beberapa perkhidmatan kepada warga sekolah, antaranya:
• Saringan kesihatan asas bagi murid dan guru.
• Pendaftaran MyDigital ID sebagai sokongan kepada agenda pendigitalan negara.
• Pendaftaran ahli NADI untuk menggalakkan penglibatan komuniti dalam program pembangunan digital dan kesihatan.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan internet dalam kalangan murid, malah memperkukuh peranan NADI sebagai pusat komuniti pintar yang menyokong agenda transformasi digital dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Program Jelajah KIS Peringkat PPD Kota Bharu bersama MCMC di SK Perol (Hari 1)
5 November 2025 – Program Jelajah Kempen Internet Selamat atau Jelajah KIS Peringkat Pejabat Pendidikan

