PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Sembang Santai Jiwa Komuniti Madani Kukuhkan Ukhuwah di Kampung Tegayong

17 Mei 2025 (Sabtu) – Seramai 30 orang komuniti madani dari Kampung Tegayong telah menyertai Program Sembang Santai Jiwa Komuniti Madani yang diadakan dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi dalam suasana yang santai namun penuh bermakna.

Program ini bertujuan sebagai platform perkongsian pandangan, luahan isi hati komuniti serta perbincangan santai mengenai isu-isu setempat dan pembangunan sosial. Ia merupakan salah satu usaha mendekatkan warga kampung dengan agensi kerajaan melalui pendekatan mesra dan terbuka.

Menariknya, program ini turut disertai oleh pegawai dari Jabatan Penerangan (JaPen) Kota Bharu, yang hadir untuk mendengar secara langsung suara komuniti serta memberikan penjelasan berkaitan dasar kerajaan yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat.

Melalui program seperti ini, diharapkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti dapat terus diperkukuh, seiring dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan nilai-nilai kemanusiaan, hormat, dan tanggungjawab sosial.

Berita Berkaitan