PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PAMERAN KEMPEN INTERNET SELAMAT SEMPENA HARI EKSPLORASI KERJAYA, TVET, STEM DAN BAHASA SMK KOK LANAS 2026

22 April 2026 (Rabu) – Program Kempen Internet Selamat ini dianjurkan sempena Hari Eksplorasi Kerjaya, TVET, STEM dan Bahasa SMK Kok Lanas 2026 dengan tujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan penggunaan internet secara beretika, selamat dan bertanggungjawab. Melalui penyertaan pameran (pembukaan booth), pelbagai agensi dan organisasi dijemput untuk berkongsi maklumat, teknologi serta peluang kerjaya berkaitan bidang digital, TVET, STEM dan bahasa.

Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap keselamatan siber, risiko dalam talian serta kemahiran literasi digital. Selain itu, ia menjadi platform interaktif untuk pelajar meneroka laluan kerjaya masa hadapan, berinteraksi dengan pihak industri dan mendapatkan pengetahuan secara langsung melalui aktiviti pameran, demonstrasi dan perkongsian pengalaman.
Secara keseluruhannya, program ini menyokong pembangunan pelajar yang celik teknologi, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital masa kini.

Berita Berkaitan