PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PROGRAM KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) KOMPUTER ASAS INFOGRAFIK (Hari Ke-3: Sesi Pembentangan & Perasmian Penutup)

25 Jun 2026 (Khamis)NADI Kampung Padang Kala, Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer Asas Infografik anjuran KEMAS Parlimen Ketereh telah melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan melalui sesi pembentangan hasil kerja peserta serta majlis perasmian penutup.

Kursus yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini disertai oleh seramai 15 orang peserta. Sepanjang tiga hari, mereka dibimbing oleh tenaga pengajar daripada 3 buah NADI, iaitu NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, serta NADI Kampung Pantai Sabak.

Majlis penutup turut diserikan dengan kehadiran 6 orang pegawai pengiring dari Pejabat KEMAS Ketereh serta 2 orang VIP jemputan KEMAS yang menyaksikan pembentangan peserta dan menyempurnakan sesi perasmian. Dalam majlis tersebut, sijil penyertaan dan cenderahati telah disampaikan kepada semua peserta sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan usaha mereka sepanjang kursus.

Sepanjang program, peserta telah mempelajari kemahiran reka bentuk infografik menggunakan Canva, aplikasi AI, serta teknik penyuntingan video melalui CapCut. Kursus ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan oleh KEMAS dalam memperkasa komuniti dengan kemahiran digital yang praktikal dan relevan. Pihak KEMAS berharap agar kerjasama dengan pihak NADI dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan masyarakat yang celik teknologi, kreatif dan berdaya saing dalam era digital.

Berita Berkaitan