PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PENDAFTARAN MYDIGITAL ID | WALK-IN

8 Jun 2026 (Isnin) – Seorang pengguna telah hadir secara walk-in ke NADI Kampung Padang Kala untuk mendapatkan khidmat dan pertolongan bagi mendaftarkan aplikasi MyDigital ID. MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan, tanpa menyimpan sebarang data peribadi serta tidak menggantikan sistem MyKad. Ia juga memudahkan akses ke aplikasi dan portal dalam talian dengan menggunakan hanya satu kata laluan.

Proses pendaftaran berjalan lancar dengan bantuan petugas NADI yang memastikan pengguna memahami langkah-langkah penggunaan aplikasi tersebut. MyDigital ID merupakan inisiatif digital yang penting bagi memudahkan urusan pengesahan identiti secara selamat dan efisien dalam pelbagai perkhidmatan atas talian. Dalam dunia digital yang semakin mencabar, identiti anda mungkin terdedah kepada risiko kecurian dan penyalahgunaan. Tanpa perlindungan yang sewajarnya, setiap transaksi dan maklumat peribadi anda boleh jatuh ke tangan yang salah.

Walaupun hanya seorang pengguna hadir pada tarikh tersebut, usaha ini menunjukkan komitmen NADI dalam menyediakan sokongan komuniti terhadap agenda pendigitalan negara.

Berita Berkaitan