PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

KEMPEN INTERNET SELAMAT DAN SARINGAN KESIHATAN @SMK MELOR

07 Oktober 2026 (Rabu) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Kala telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat bertempat di SMK Melor. Program ini adalah hasil usahasama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Panjang Banggu dan juga NADI Kampung Pantai Sabak. Kempen ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.

Dua orang petugas NADI bertugas sepanjang pelaksanaan modul. Program dilaksanakan menggunakan Modul Ringkas Pelajar (13-17 tahun) yang merangkumi 4 pelajaran utama iaitu Pelajaran 1; Maklumat Palsu, Pelajaran 2; Jejak Digital, Pelajaran 3; Red flag dan Pelajaran 4; Buli siber. Objektif utama bagi perlaksanaan kempen di sekolah menengah adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga jejak digital dan privasi peribadi. Kempen ini juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya buli siber, scam, penyebaran berita palsu dan risiko jenayah siber di samping dapat membimbing pelajar menggunakan media sosial secara beretika, bertanggungjawab dan tidak keterlaluan. Kempen ini juga menyedarkan para pelajar mengenai kesan ketagihan gajet dan permainan dalam talian terhadap kesihatan mental dan prestasi akademik mereka. Ia juga dapat membentuk sikap pelajar yang lebih kritis dan bijak menapis maklumat sebelum berkongsi atau mempercayainya serta memupuk nilai tanggungjawab digital sebagai pengguna internet yang selamat, berdisiplin dan menghormati orang lain.

Hasil program Kempen Internet Selamat di SMK Melor ini adalah petugas dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan internet secara selamat, bertanggungjawab dan beretika. Melalui program ini, pelajar lebih memahami langkah melindungi akaun media sosial, menghindari buli siber serta penipuan dalam talian, di samping lebih peka sebelum berkongsi sesuatu maklumat di internet. Selain itu, program ini turut membantu memupuk amalan penggunaan internet secara positif dan seimbang dengan aktiviti lain yang lebih bermanfaat. Seramai 163 orang pelajar tingkatan empat telah menyertai program ini dengan penuh semangat. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dijalankan termasuk ceramah kesedaran keselamatan digital, kuiz interaktif dan perkongsian ilmu tentang risiko buli siber serta langkah pencegahan.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan pembukaan Kiosk NADI Pintar yang diuruskan oleh petugas NADI Kampung Panjang Banggu serta NADI Kampung Pantai Sabak di mana mereka menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma kepada guru-guru serta warga sekolah yang berkelapangan.  Sambutan amat menggalakkan apabila seramai 36 orang telah hadir ke kaunter NADI pada hari tersebut.

Program ini bukan sahaja memberi kesedaran kepada pelajar mengenai keselamatan internet, malah membuka peluang lebih luas untuk masyarakat sekitar memanfaatkan kemudahan Kiosk NADI Pintar sebagai pusat rujukan digital dan teknologi. Pemilihan Ikon Guru: Puan Siti Rahmah binti Ya’acob manakala Ikon Pelajar: Muhammad Adam Luqman Al Hakim bin Azwadi.

Berita Berkaitan