PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kelas Dilea: Webinar Matematik Edisi 3

13 September 2025, telah berlangsung Kelas Dilea: Webinar Matematik Edisi 3 yang disampaikan oleh Cikgu Roslan. Kelas ini memberi tumpuan kepada pengukuhan asas Matematik melalui pendekatan interaktif serta latihan soalan bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

Kelas yang dijalankan secara atas talian menggunakan Google Meet ini disertai oleh 2 orang pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang mengikuti sesi dari NADI Kampung Padang Kala.

Inisiatif ini diadakan bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan Matematik serta memanfaatkan platform digital untuk pembelajaran lebih fleksibel dan berkesan.

Berita Berkaitan