PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PENGENALAN EDUTIPS SIRI 1 – RAHSIA FOKUS MAKSIMUM

07 Julai 2026 (Selasa) – Siri EduTips di bawah elemen Program Khas telah diperkenalkan secara rasmi. Program ini merupakan siri video pendek yang mengetengahkan tip-tip berguna untuk pelajar NADI Tuisyen Rakyat. Siri EduTips dilancarkan sebagai usaha meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Siri pertama yang berlangsung pada hari Selasa, jam 4.30 petang ini memberi fokus kepada isu tumpuan belajar yang semakin mencabar dalam era digital.Seramai 4 orang pelajar telah menyertai sesi sulung ini, yang menekankan kepentingan mengurus gangguan serta membina kemahiran fokus semasa belajar. Antara isi menarik yang dikongsikan termasuklah:

  • Gangguan Telefon – Perbincangan tentang bagaimana peranti digital boleh menjejaskan tumpuan dan strategi mengawalnya.
  • Fakta Mengejutkan Fungsi Otak – Penerangan mengenai cara otak bertindak balas terhadap fokus dan proses pembelajaran.
  • Langkah Praktikal – Tips mudah dan berkesan yang boleh diamalkan terus oleh pelajar untuk kekal fokus.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan teori, tetapi juga menyediakan panduan praktikal yang boleh diaplikasikan segera oleh pelajar dalam rutin harian mereka.

Dengan pelaksanaan Siri EduTips ini, NADI Kampung Padang Kala berharap dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan belajar secara lebih berkesan dan berdisiplin. Siri seterusnya dijangka akan membawa topik baharu yang relevan dengan cabaran pendidikan masa kini.

Berita Berkaitan