16 Jun 2026 (Selasa) – Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, melibatkan 14 Pengerusi dari setiap Parlimen di negeri ini. Staf dari NADI Kampung Padang Kala turut terlibat bagi membantu pengurusan MCMC dan Jabatan NADI bagi melancarkan lagi perjalanan majlis. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Kijang 2, Hotel Perdana, Kota Bharu.
Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Panel Penasihat NADI yang telah dilantik di beberapa negeri lain melibatkan 152 Pengerusi, bertujuan memperkukuh peranan NADI sebagai hab pemerkasaan komuniti, pusat penyampaian maklumat yang sahih serta medium pelaksanaan inisiatif Kerajaan di peringkat akar umbi.
Melalui inisiatif ini, kerjasama strategik antara komuniti, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dapat dipertingkatkan bagi memperluas impak program serta memastikan penyampaian maklumat yang lebih berkesan dan menyeluruh kepada rakyat.


