PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SMK PANCHOR PERDANA

21 Mei 2026 (Khamis) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Kala, NADI Kampung Pantai Sabak,NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Salor telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat bertempat di SMK Panchor Perdana melibatkan 420 orang pelajar dan 16 orang guru. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.

Seramai 420 orang pelajar telah menyertai program ini dengan penuh semangat. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dijalankan termasuk ceramah kesedaran keselamatan digital, kuiz interaktif dan perkongsian ilmu tentang risiko buli siber serta langkah pencegahan.

Berita Berkaitan