17 Mei 2026 (Ahad) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Kala dengan usahasama NADI Kampung Pantai Sabak,NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Tanjung Mas telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat bertempat di SMK Agama Melor melibatkan 876 orang pelajar dan 77 orang guru. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.
Seramai 876 orang pelajar telah menyertai program ini dengan penuh semangat. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dijalankan termasuk ceramah kesedaran keselamatan digital, kuiz interaktif dan perkongsian ilmu tentang risiko buli siber serta langkah pencegahan.


