PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar “Manipulasi Siber: Bagaimana Penjenayah Mengeksploitasi Anda” Tingkat Kesedaran Keselamatan Digital

17 Mei 2025 (Sabtu) – Satu sesi webinar bertajuk “Manipulasi Siber: Bagaimana Penjenayah Mengeksploitasi Anda” telah berjaya dianjurkan di bawah seliaan NADI Cybersecurity melibatkan penyertaan 8 orang peserta dari pelbagai latar belakang di NADI Kampung Padang Kala. Sesi ini berlangsung secara dalam talian dari jam 2.00 petang hingga 3.30 petang.

Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap ancaman manipulasi siber seperti teknik kejuruteraan sosial (social engineering), penipuan dalam talian, dan penyamaran identiti digital. Para peserta didedahkan dengan strategi dan taktik yang biasa digunakan oleh penjenayah siber untuk memperdaya mangsa, serta langkah-langkah perlindungan yang boleh diambil.

Melalui pembentangan interaktif dan perkongsian kes sebenar, peserta turut berpeluang mengemukakan soalan serta mendapatkan penjelasan langsung daripada fasilitator berkaitan isu-isu semasa dalam dunia siber.

Inisiatif seperti ini merupakan sebahagian daripada komitmen NADI Cybersecurity dalam memupuk komuniti celik digital dan memperkukuh pertahanan diri pengguna terhadap jenayah siber yang semakin sofistikated.

Berita Berkaitan