Salor, 7 Mei 2025 (Rabu) – Seramai 470 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Salor telah mengambil bahagian dalam Program Taklimat NADI Shield, Perkhidmatan Pintar NADI & Cakna Delima yang berlangsung dari jam 7.40 pagi hingga 9.40 pagi.
Program ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan keselamatan dalam talian, memperkenalkan aplikasi perkhidmatan digital pintar NADI, serta menyemai nilai cakna dan prihatin dalam kalangan remaja melalui slot Cakna Delima.
Menariknya, program ini merupakan hasil usahasama antara NADI Salor bersama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Padang Kala dan NADI Kampung Pantai Sabak, membuktikan semangat kerjasama erat antara pusat-pusat maklumat setempat dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan dan kesedaran digital.
Selain pengisian taklimat untuk pelajar, turut diadakan kaunter saringan kesihatan khas untuk para guru, sebagai satu inisiatif menjaga kesejahteraan warga sekolah.
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran sivik, digital dan kesihatan dalam kalangan pelajar dan guru, selaras dengan matlamat utama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dalam menyampaikan maklumat serta memperkasa komuniti melalui inisiatif berimpak tinggi.



