PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS), Perkhidmatan Pintar NADI & Cakna Delima di SK Padang Kala

20 Mei 2025, satu program bermanfaat telah berjaya dianjurkan di Dewan Haji Nik Hussain, SK Padang Kala melibatkan seramai 532 orang murid. Program ini merangkumi Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS), penerangan mengenai Perkhidmatan Pintar NADI serta perkongsian inisiatif Cakna DELIMA.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid sekolah tentang keselamatan internet, memperkenalkan perkhidmatan digital yang ditawarkan oleh NADI, dan memperkukuh literasi digital melalui platform DELIMA.
Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama erat antara NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kedai Buloh dan NADI Salor. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi melahirkan generasi celik digital dan bijak menggunakan teknologi dengan selamat.

Berita Berkaitan