Satu sesi bimbingan bertajuk Strategi Pemasaran Digital telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Kala pada 26 Mei 2025. Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi di bawah kelolaan Maxis eKelas Usahawan.
Seramai tiga orang peserta telah menyertai sesi ini yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada teknik dan strategi pemasaran secara dalam talian, selari dengan perkembangan dunia digital masa kini.
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para usahawan tempatan dalam memperluas pasaran produk mereka secara digital.


