11 Ogos 2026 (Selasa) – Bertempat di Dewan Terbuka SK Seri Chempaka, telah berlangsung Taklimat Kempen Internet Selamat yang dianjurkan oleh NADI Kampung Pantai Sabak dengan usahasama NADI Kampung Panjang Banggu, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan juga NADI Kampung Padang Kala dengan penuh semangat bagi meningkatkan kesedaran keselamatan digital dalam kalangan murid sekolah. Program ini berjalan selama dua jam, bermula dari 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, dengan penyertaan seramai 448 orang murid tahap dua.
Dalam taklimat ini, modul khas 10–12 tahun telah digunakan bagi memastikan keberkesanan penyampaian maklumat sesuai dengan tahap kefahaman murid. Aktiviti interaktif seperti kuiz turut dijalankan oleh petugas NADI untuk menguji sejauh mana murid memahami isi kandungan taklimat yang disampaikan.
Selain memberi tumpuan kepada murid, pihak NADI turut melaksanakan Perkhidmatan Pintar NADI iaitu Saringan Kesihatan percuma untuk guru dan kakitangan sekolah. Seramai 28 orang guru dan kakitangan SK Seri Chempaka telah menerima manfaat daripada saringan ini, sekali gus menunjukkan komitmen NADI dalam menjaga kesejahteraan komuniti pendidikan.
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, bijak dan bertanggungjawab, malah turut memperkukuh peranan NADI sebagai rakan strategik dalam mendukung agenda literasi digital dan kesejahteraan masyarakat.


