PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Rasa Warisan Nyonya Asli bersama Chef Florence Tan

Pada 14 Jun 2025 (Sabtu), satu sesi eksklusif kelas masakan bertajuk “Rasa Warisan Nyonya Asli” telah diadakan dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang. Program ini berlangsung secara santai namun penuh ilmu bersama Chef terkenal negara, Chef Florence Tan, yang cukup sinonim dengan masakan Baba Nyonya.

Walaupun hanya melibatkan seorang peserta, sesi ini tetap berjalan dengan penuh interaktif dan bermanfaat. Peserta berpeluang mempelajari teknik dan rahsia sebenar dalam menyediakan menu warisan masyarakat Peranakan yang autentik, sambil mendengar kisah serta sejarah di sebalik setiap resipi yang dikongsikan.

Program ini merupakan inisiatif di bawah segmen Mahir Masak, yang bertujuan memperkasa kemahiran kulinari dalam kalangan komuniti, di samping mengekalkan warisan resipi tradisional yang semakin dilupakan.

Semoga penganjuran kelas seperti ini dapat diteruskan dengan penyertaan yang lebih ramai pada masa akan datang.

Berita Berkaitan