23 Jun 2026 (Selasa) – Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer Asas Infografik anjuran KEMAS Parlimen Ketereh telah berlangsung dengan jayanya pada hari pertama di NADI Kampung Padang Kala. Kursus ini memberi tumpuan kepada penggunaan aplikasi Canva dalam pembuatan logo, flyers dan poster promosi serta teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan infografik yang kreatif dan berkesan.
Program bermula pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dengan penglibatan seramai 15 orang peserta. Mereka dibimbing oleh 3 orang petugas NADI iaitu NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kampung Pantai Sabak yang dilantik oleh KEMAS sebagai tenaga pengajar sepanjang kursus ini berlangsung. Turut serta adalah 6 orang pegawai pengiring dari Pejabat KEMAS Ketereh yang turut memastikan kelancaran perjalanan kursus.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada teknik asas reka bentuk grafik menggunakan Canva, cara memanfaatkan fungsi AI untuk mempercepatkan proses kreatif, serta strategi menghasilkan bahan visual yang menarik untuk tujuan pembelajaran dan komunikasi masyarakat.
Penganjuran kursus ini membuktikan komitmen KEMAS dan NADI dalam memperkasa komuniti dengan kemahiran digital yang relevan dengan keperluan semasa, sekali gus membuka peluang kepada peserta untuk meningkatkan daya saing dalam era teknologi maklumat.


