PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PROGRAM KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) KOMPUTER ASAS INFOGRAFIK (Hari Ke-2: Kursus Editing Video – CapCut)

24 Jun 2026 (Rabu) – Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Infografik anjuran KEMAS Parlimen Ketereh diteruskan pada hari kedua dengan fokus kepada Kursus Editing Video menggunakan aplikasi CapCut.

Kursus yang berlangsung di NADI Kampung Padang Kala dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini telah disertai oleh 15 orang peserta. Menariknya, tenaga pengajar terdiri daripada wakil 3 buah NADI, iaitu NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, serta NADI Kampung Pantai Sabak.

Selain itu, seramai 6 orang pegawai pengiring dari Pejabat KEMAS Ketereh turut hadir bagi memastikan kelancaran perjalanan kursus. Peserta didedahkan dengan teknik asas penyuntingan video, penggunaan efek kreatif, serta strategi menghasilkan video pendek yang sesuai untuk tujuan promosi, pendidikan dan komunikasi masyarakat.

Penganjuran kursus ini membuktikan usaha berterusan NADI dan KEMAS dalam memperkasa komuniti dengan kemahiran digital yang praktikal dan relevan, sekali gus membuka peluang kepada peserta untuk meningkatkan kreativiti serta daya saing dalam era media sosial dan teknologi maklumat.

Berita Berkaitan