PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Kempen Internet Selamat di SMK Padang Kala & Pembukaan Kiosk NADI Pintar

Pada 10 September 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di SMK Padang Kala. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.

Seramai 70 orang pelajar telah menyertai program ini dengan penuh semangat. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dijalankan termasuk ceramah kesedaran keselamatan digital, kuiz interaktif dan perkongsian ilmu tentang risiko buli siber serta langkah pencegahan.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan pembukaan Kiosk NADI Pintar yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran ahli, capaian maklumat digital serta ruang rujukan untuk komuniti setempat. Sambutan amat menggalakkan apabila seramai 422 orang telah mendaftar sebagai ahli NADI pada hari tersebut.

Program ini bukan sahaja memberi kesedaran kepada pelajar mengenai keselamatan internet, malah membuka peluang lebih luas untuk masyarakat sekitar memanfaatkan kemudahan Kiosk NADI Pintar sebagai pusat rujukan digital dan teknologi.

Berita Berkaitan