PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program JIWA@Kelab Malaysiaku di SMK Long Gafar bersama JAPEN

4 Mei 2025 – NADI Kampung Padang Kala bersama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kampung Pantai Sabak telah dijemput untuk menyertai Program JIWA@Kelab Malaysiaku di SMK Long Gafar, anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) , sempena Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Sesi 2025.

Sebagai rakan kolaboratif, pihak NADI telah mengambil peluang untuk memperkenalkan fungsi serta perkhidmatan yang ditawarkan di pusat NADI, khususnya dalam menyokong pembelajaran digital, kemahiran ICT, dan pembangunan komuniti setempat.

Selain sesi pengenalan, NADI turut membuka meja saringan kesihatan percuma bagi memberi manfaat tambahan kepada warga sekolah yang hadir. Usaha ini sejajar dengan komitmen NADI dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan memperluas akses kepada perkhidmatan asas di peringkat komuniti.

Berita Berkaitan