26 Mei 2025 – NADI Kampung Padang Kala, satu lagi sesi bimbingan digital di bawah kelolaan Maxis eKelas Usahawan telah berjaya dilaksanakan pada 26 Mei 2025 bertempat di NADI Kampung Padang Kala.
Program bertajuk Penciptaan Kandungan ini berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang dan disertai oleh dua orang peserta. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah menghasilkan kandungan digital yang menarik untuk tujuan promosi, pemasaran serta penglibatan pelanggan secara atas talian.
Melalui program ini, para peserta dibimbing tentang kepentingan strategi kandungan, pemilihan platform yang sesuai, penggunaan imej dan video serta penulisan mesej yang berkesan.
Walaupun penyertaan adalah kecil, program tetap berjalan lancar dan memberi impak positif kepada peserta yang hadir. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi kehadiran digital dalam perniagaan mereka.


