Kampung Padang Kala, 4 April 2026 – NADI Kampung Padang Kala telah menganjurkan sesi Senaman Sihat Untuk Kanak-kanak Obes di bawah program NADI Kesejahteraan Kendiri – Studio Sihat. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup aktif serta membantu kanak-kanak mengamalkan rutin senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan mereka.
Seramai empat orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi ini yang dikendalikan dengan pendekatan menyeronokkan dan mesra kanak-kanak. Aktiviti senaman yang dijalankan memberi fokus kepada pergerakan asas, regangan, serta permainan interaktif yang dapat meningkatkan stamina dan keyakinan diri.
Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi fizikal, malah turut menekankan aspek kesejahteraan mental dengan menggalakkan peserta untuk lebih yakin, ceria, dan bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian.
NADI Kampung Padang Kala komited untuk terus melaksanakan program kesihatan komuniti yang inklusif dan berkesan, selaras dengan usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer – Penyelenggaraan Sistem Operasi Android
Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai

