07 Februari 2026 –
Program Info Kerjaya dan Pameran akan diadakan di Masjid Mukim Kampung Padang Kala pada 7 Februari 2026 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Program ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan dan syarikat industri seperti NADI, ATM, MARA, KBMC, KKTM, MSU, Akademi Emas, JPJ (Unit Bergerak), Pejabat Tanah (Unit Hasil), Perodua Nasrom, Proton, MAT DBA, German Auto Care dan Politeknik KB.
Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peluang kerjaya, pendidikan serta perkhidmatan yang disediakan oleh agensi dan organisasi yang terlibat. Peserta juga berpeluang mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta melihat pameran daripada pelbagai pihak yang hadir.


