25 Mei 2025 – Satu sesi kelas masakan bertemakan Pistachio Kunafa Brownies telah berjaya dianjurkan pada pagi Ahad bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Kala.
Kelas yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi ini dijalankan secara eksklusif dengan penyertaan dua orang peserta. Sepanjang sesi, peserta telah didedahkan dengan teknik penyediaan brownies yang lembut dan moist, digabungkan dengan lapisan kunafa rangup serta taburan pistachio yang memberikan rasa premium dan menarik.
Sesi pembelajaran bersifat interaktif ini membolehkan peserta menghasilkan sendiri produk masing-masing secara atas talian, di samping mendapat tunjuk ajar secara terus daripada tenaga pengajar.
Penganjuran kelas ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta tentang resipi moden yang berpotensi untuk dikomersialkan, malah turut membuka ruang kepada komuniti setempat untuk menambah kemahiran dalam bidang kulinari.
Program seumpama ini dijangka akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai salah satu inisiatif memperkasa ilmu dan kemahiran masyarakat setempat, selari dengan peranan NADI sebagai pusat informasi dan pembangunan komuniti.


