16 Januari 2026 – yang lalu, satu sesi Kelas Mahir Gajet bagi Minggu 1 telah berjaya dilaksanakan secara atas talian melalui platform Google Meet bermula jam 3.00 petang hingga 4.30 petang bertempat di NADI Kampung Padang Kala. Kelas ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk memperkenalkan kemahiran asas membaiki dan menyelenggara gajet kepada komuniti setempat melalui penggunaan teknologi digital.
Sesi kali ini telah disertai oleh seorang peserta yang berminat untuk mempelajari pendekatan praktikal dalam bidang pembaikan gajet. Melalui sesi ini, peserta telah didedahkan kepada asas-asas pembaikan gajet termasuk pengenalan komponen peranti, teknik asas penyelenggaraan, langkah keselamatan semasa membaiki serta kaedah mengenal pasti kerosakan gajet.
Walaupun diadakan secara atas talian, kelas ini berjalan dengan lancar melalui penyampaian yang interaktif serta sesi soal jawab yang membantu peserta memahami topik dengan lebih mendalam. Usaha ini dijangka akan diteruskan pada minggu-minggu seterusnya bagi melahirkan lebih ramai individu berkemahiran dalam pembaikan gajet serta celik teknologi.
