PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer – Penyelenggaraan Sistem Operasi Android (Hari Ketiga)

12 Jun 2025, Khamis merupakan hari ketiga sekaligus hari terakhir bagi Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer. Pada hari ini, para peserta menjalani sesi sentuhan akhir di mana mereka membuat persiapan untuk pembentangan hasil kerja masing-masing. Setiap peserta telah menghasilkan poster digital berkaitan kecerdasan buatan (AI) menggunakan aplikasi seperti Canva dan disusun dalam bentuk pembentangan.
Sesi pembentangan telah dijalankan di hadapan para tenaga pengajar (staf NADI), pegawai-pegawai dari KEMAS dan tetamu jemputan. Peserta diberi peluang menerangkan hasil kerja mereka, berkongsi idea kreatif serta pengalaman sepanjang mengikuti kursus. Sesi ini turut mendapat perhatian daripada Puan Norfaridah, Penggerak utama KEMAS bahagian KKJP, yang memberikan ulasan dan komen membina terhadap setiap hasil pembentangan peserta.
Majlis penutup telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat. Ia dirasmikan oleh Encik Shahrul, Ketua Pemuda UMNO Parlimen Kubang Kerian, dan turut dihadiri oleh beberapa tetamu VIP daripada pihak KEMAS sendiri. Kehadiran mereka memberi suntikan semangat kepada para peserta dan sekaligus menunjukkan sokongan terhadap program pembangunan kemahiran komuniti seperti ini.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberi pendedahan dan kemahiran asas berkaitan teknologi dan aplikasi digital kreatif. Para peserta menunjukkan peningkatan kefahaman, keyakinan serta minat yang tinggi untuk terus meneroka bidang ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat masyarakat setempat.

Berita Berkaitan