PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kiosk Perkhidmatan Pintar NADI di SMK Padang Kala

11 September 2025, Khamis – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah mengadakan Kiosk Perkhidmatan Pintar di SMK Padang Kala sempena Sambutan Maulidur Rasul di sekolah tersebut. Program ini bertujuan memberi kemudahan akses perkhidmatan digital serta kesihatan kepada warga sekolah dan komuniti setempat.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:
✅ Saringan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga tahap kesihatan.
✅ Pendaftaran ahli NADI untuk membuka peluang komuniti menggunakan pelbagai kemudahan digital yang ditawarkan.
✅ Pendaftaran MyDigital ID, seiring usaha kerajaan memperluas penggunaan identiti digital bagi kemudahan urusan dalam talian.

Program ini mendapat sambutan baik daripada pelajar, guru dan masyarakat sekitar, sekaligus memperkukuhkan peranan NADI sebagai pusat sehenti bagi mendekatkan masyarakat kepada dunia digital dan teknologi semasa.

Berita Berkaitan