8 Julai 2025 – Program ini telah dilaksanakan oleh NADI Kluster Kota Bharu dengan kerjasama Pejabat MCMC Negeri Kelantan. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S) yang menyasarkan murid tahap dua (10-12 tahun) sekolah rendah.
Taklimat KIS disampaikan oleh Puan Wan Nurul Ain, Pegawai MCMC Kelantan, dengan sokongan staf NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Pantai Sabak, NADI Tanjung Mas, NADI Kedai Buloh, NADI Bunut Payong, NADI Buluh Kubu dan NADI Padang Tembak.
Kempen Internet Selamat: Modul Sekolah Rendah (10–12 Tahun) melibatkan 20 murid Tahap 2. Mereka ditempatkan di Makmal Komputer Sekolah dan mengikuti lima pelajaran utama. Modul ini menekankan penggunaan internet secara positif, had umur penggunaan media sosial, serta kesedaran tentang risiko dalam talian.
Pihak NADI turut menyampaikan taklimat NADI Pintar kepada kesemua murid dan guru SK Pulau Kundor (249 murid dan 23 orang guru) semasa acara di dewan. Pihak NADI juga menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada para guru. Staf NADI juga memperkenalkan aktiviti alternatif yang sesuai untuk murid, dan memberi pendedahan tentang perkhidmatan Pintar yang ada di NADI bagi manfaat komuniti setempat.
