PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) Bertempat di SK Pauh Lima Kota Bharu

21 Julai 2025 – Program ini telah dilaksanakan oleh NADI Kluster Kota Bharu dengan kerjasama Pejabat MCMC Negeri Kelantan. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S) yang menyasarkan murid tahap dua (10-12 tahun) sekolah rendah.

Taklimat KIS disampaikan oleh Pegawai MCMC Kelantan, dengan sokongan staf NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Pantai Sabak,NADI Gunong,NADI Jelawat,NADI Salor.

Kempen Internet Selamat: Modul Sekolah Rendah (10–12 Tahun) melibatkan 60 murid Tahap 2. Mereka ditempatkan di Makmal Komputer Sekolah dan mengikuti lima pelajaran utama. Modul ini menekankan penggunaan internet secara positif, had umur penggunaan media sosial, serta kesedaran tentang risiko dalam talian.

Berita Berkaitan