Pada 10 Februari 2026 (Ahad), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Kala dengan usahasama NADI Pantai Sabak,NADI Kampung Kedai Buloh,NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh,NADI Salor telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat bertempat di SMK Penambang Kota Bharu. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.
Seramai 250 orang pelajar telah menyertai program ini dengan penuh semangat. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dijalankan termasuk ceramah kesedaran keselamatan digital, kuiz interaktif dan perkongsian ilmu tentang risiko buli siber serta langkah pencegahan.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan pembukaan Kiosk NADI Pintar yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran ahli, pendaftaran myDigital ID dan saringan kesihatan serta ruang rujukan untuk warga SMK Penambang Kota Bharu. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan.
Program ini bukan sahaja memberi kesedaran kepada pelajar mengenai keselamatan internet, malah membuka peluang lebih luas untuk warga SMK Penambang memanfaatkan kemudahan Kiosk NADI Pintar sebagai pusat rujukan digital dan teknologi.


