17 November 2025 – NADI Kampung Padang Kala telah menganjurkan sebuah Kelas Kesedaran eSukan bertajuk “Hak Cipta & Harta Intelek dalam eSukan” pada 17 November 2025. Program ini berlangsung di premis NADI Kampung Padang Kala dengan penglibatan seramai 6 orang peserta cilik.
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai kepentingan menghormati hak cipta serta memahami konsep harta intelek dalam dunia eSukan. Penekanan diberikan kepada aspek etika penggunaan kandungan digital, perlindungan karya kreatif, serta kesedaran terhadap isu-isu undang-undang yang berkaitan dengan industri eSukan.
Pelaksanaan kelas ini selaras dengan usaha NADI untuk memperkukuh literasi digital dan membentuk generasi muda yang bukan sahaja mahir dalam bidang teknologi, tetapi juga berpengetahuan tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna serta pencipta kandungan digital.
Program ini turut menegaskan peranan NADI sebagai pusat komuniti pintar yang menyokong pembangunan pendidikan digital, kesedaran undang-undang, dan pembentukan sahsiah positif dalam kalangan masyarakat setempat.

Program Kempen Internet Selamat di SMK Padang Kala & Pembukaan Kiosk NADI Pintar
Pada 10 September 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat

