6 Januari 2026 – NADI Kampung Padang Kala telah menganjurkan Kelas Open Tuition Bahasa Inggeris Ting 3 secara atas talian menggunakan paltform Google Meet. Kelas ini berlangsung dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di NADI Kampung Padang Kala.
Program ini telah disertai oleh seramai 4 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kala. Kelas ini memberi tumpuan kepada pengukuhan asas Bahasa Inggeris Tingkatan 3, dengan penekanan terhadap pemahaman konsep serta aplikasi dalam penyelesaian masalah. Pendekatan pengajaran yang interaktif telah membantu pelajar meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam mata pelajaran tersebut.
Pelaksanaan kelas ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan NADI untuk menyediakan sokongan pendidikan tambahan kepada pelajar setempat, khususnya dalam mata pelajaran teras. Inisiatif ini bukan sahaja membantu meningkatkan pencapaian akademik, tetapi juga memperkukuh peranan NADI sebagai pusat komuniti pintar yang menyokong pembangunan pendidikan dan literasi digital di kawasan Kampung Padang Kala.

Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS), Perkhidmatan Pintar NADI & Cakna Delima di SK Padang Kala
20 Mei 2025, satu program bermanfaat telah berjaya dianjurkan di Dewan Haji Nik Hussain, SK

