Pada 4 Disember 2025 yang lalu, kelas Dilea: Open Tuition Matematik Tingkatan 1 & 2 telah berjaya dianjurkan secara atas talian melalui platform Google Meet. Sesi ini berlangsung selama satu jam, bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.30 petang, dan telah disertai oleh empat (4) orang peserta yang bersemangat tinggi untuk memperkukuh pemahaman dalam subjek Matematik.
Kelas ini merupakan inisiatif pendidikan terbuka yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengakses pembelajaran berkualiti secara fleksibel dan interaktif. Walaupun jumlah peserta hanya seorang, sesi ini tetap dijalankan dengan penuh komitmen dan dedikasi oleh tenaga pengajar, memastikan setiap minit dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan penguasaan topik yang dibincangkan.
Program Dilea akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memberi sokongan pembelajaran kepada pelajar Tingkatan 1 dalam suasana yang kondusif dan mudah diakses. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi ini.

Program Level Up Delima (LUD) Kuasai Masa Depan Digital Anda di SMK Padang Enggang, Kota Bharu
15 Julai 2025, Selasa – Seramai 45 orang guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang

