14 Jun 2025, seramai 4 orang pelajar telah menyertai bengkel robotik untuk pelajar sekolah rendah di NADI Kampung Padang Kala. Kelas ulangkaji bengkel robotik telah berjaya dijalankan melibatkan 4 orang pelajar. Sepanjang sesi ini, para pelajar berpeluang mengulang dan memperkemas kemahiran asas dalam pengaturcaraan serta menjawab beberapa soalan kuiz daripada tenaga pengajar.
Sesi berjalan dengan lancar dan pelajar menunjukkan minat serta tumpuan yang baik sepanjang dua jam kelas berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat dimanfaatkan dalam pertandingan atau pembelajaran akan datang.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!


