PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SMK KUBANG KERIAN 2

24 Jun 2026 (Rabu)– Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Kala,NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh,NADI Kampung Panjang Banggu dan NADI Kampung Kedai Buloh telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat bertempat di SMK Kubang Kerian 2 melibatkan 631 orang pelajar dan 20 orang guru. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.

Seramai 631 orang pelajar telah menyertai program ini dengan penuh semangat. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dijalankan termasuk ceramah kesedaran keselamatan digital, kuiz interaktif dan perkongsian ilmu tentang risiko buli siber serta langkah pencegahan.

Berita Berkaitan