06 Mei 2026 (Rabu) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Kala dengan usahasama NADI Pantai Sabak, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh,NADI Kampung Panjang Banggu telah menganjurkan Program Kempen Internet Selamat bertempat di SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.
Objektif Kempen Internet Selamat adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga jejak digital dan privasi peribadi. Meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya buli siber, scam, penyebaran berita palsu dan risiko jenayah siber. Membimbing pelajar menggunakan media sosial secara beretika, bertanggungjawab dan tidak keterlaluan. Menyedarkan pelajar mengenai kesan ketagihan gajet dan permainan dalam talian terhadap kesihatan mental dan prestasi akademik. Membentuk sikap pelajar yang lebih kritis dan bijak menapis maklumat sebelum berkongsi atau mempercayainya. Memupuk nilai tanggungjawab digital sebagai pengguna internet yang selamat, berdisiplin dan menghormati orang lain.
Seramai 400 orang pelajar telah menyertai program ini dengan penuh semangat. Kempen Internet Selamat di sekolah menengah memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan internet secara selamat, bertanggungjawab dan beretika. Melalui program ini, pelajar lebih memahami langkah melindungi akaun media sosial, menghindari buli siber serta penipuan dalam talian, di samping lebih peka sebelum berkongsi sesuatu maklumat di internet. Selain itu, program ini turut membantu memupuk amalan penggunaan internet secara positif dan seimbang dengan aktiviti lain yang lebih bermanfaat.


