15 Januari 2026 – Program “Kaunter Bergerak Bersama KWSP” dekatkan masyarakat dengan ilmu kewangan di NADI Kampung Padang Kala. Seramai lebih 10 orang penduduk Kampung Padang Kala telah menyertai program “Simpan Baik-Baik Bersama KWSP” yang diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Kala hari ini.
Program anjuran bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan NADI ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya pengurusan simpanan dan persediaan kewangan untuk masa hadapan. Antara pengisian utama program adalah mengenai kemudahan i-Akaun, penjelasan tentang caruman sukarela, i-Saraan, serta kepentingan mencarum walaupun bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap.
Peserta turut diberi peluang untuk mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun secara terus di lokasi dengan bantuan petugas KWSP. Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi membolehkan peserta mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan produk dan perkhidmatan KWSP.
Menurut salah seorang peserta, program ini sangat bermanfaat kerana memberi pendedahan yang jelas tentang cara menyimpan dan merancang kewangan, terutamanya kepada golongan bekerja sendiri, suri rumah dan belia kampung. Program bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.


