PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) SK Che Latiff, Kota Bharu

16 Julai 2025, Rabu – Satu lagi program Kempen Internet Selamat (KIS) telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Che Latiff. Program ini telah berlangsung dengan kerjasama Pejabat MCMC Kelantan dan NADI Kluster Kota Bharu di mana ia menyasarkan murid Tahap 2 (10–12 tahun).
Seramai 30 orang murid tahun lima telah mengikuti sesi interaktif berasaskan Modul Sekolah Rendah tahap 2 yang menekankan penggunaan internet secara selamat, had umur media sosial (13 tahun), serta kesedaran terhadap risiko dan ancaman dalam talian.
Taklimat telah disampaikan oleh pasukan NADI yang terdiri daripada staf NADI Kampung Padang Kala, staf NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh,  staf NADI Kampung Pantai Sabak dan staf NADI Kampung Kedai Buloh. Turut serta juga Encik Azidi (MCMC) bersama-sama menyampaikan maklumat dan membuat kesimpulan berkaitan program ini.
Murid-murid  didedahkan kepada alternatif aktiviti sihat selain media sosial, dan program ini berjaya mencapai objektif dengan memberi kefahaman asas keselamatan internet.

Berita Berkaitan