4 Julai 2025, Jumaat- Satu sesi webinar bermanfaat bertajuk “Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab” telah berjaya diadakan secara dalam talian bertempat di NADI Kampung Padang Kala. Webinar ini adalah sebahagian daripada aktiviti NADI Kesejahteraan Kendiri (Wellbeing).
Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang pentingnya perancangan keluarga sebagai satu langkah bertanggungjawab demi kesejahteraan keluarga, kesihatan ibu dan anak serta kestabilan ekonomi isi rumah.
Walaupun penyertaan kecil, namun perbincangan yang dikongsikan amat bermakna dan membuka ruang pemahaman yang lebih jelas mengenai kaedah perancangan keluarga yang selamat dan berkesan.


