PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Sesi Libat Urus NADI Bersama Komuniti Madani dan JAPEN

19 April 2025 – Sesi Libat Urus NADI bersama Komuniti Madani dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah diadakan dengan jayanya pada hari ini, bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Program ini menghimpunkan Ahli Jawatankuasa Komuniti Madani dari kawasan Peringat dan Tegayong bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara komuniti setempat dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Sepanjang sesi berlangsung, staf NADI telah menyampaikan taklimat pengenalan mengenai fungsi dan peranan NADI kepada para peserta. Selain itu, peserta turut diberi penerangan mengenai perkhidmatan pintar yang ditawarkan di NADI untuk kemudahan komuniti setempat. Saringan kesihatan kepada AJK yang hadir turut dibuat bagi memberi kesedaran kepada mereka pentingnya untuk mengetahui tahap kesihatan mereka.

Melalui sesi ini, diharapkan kerjasama erat antara NADI, Komuniti Madani, dan JAPEN akan terus diperkasa demi manfaat masyarakat.

Berita Berkaitan