15 Januari 2026 – NADI Kampung Padang Kala telah menganjurkan sebuah Webinar Cybersecurity bertajuk “Ancaman Siber Dalam Dunia Digital”. Webinar ini berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang secara dalam talian.
Program ini telah disertai oleh 6 orang pelajar, yang diberi pendedahan mengenai isu-isu keselamatan siber yang semakin kompleks dalam era kecerdasan buatan (AI). Antara topik yang dibincangkan termasuklah ancaman siber yang berkaitan dengan penggunaan teknologi AI, kepentingan melindungi data peribadi, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh pengguna untuk mengurangkan risiko.
Pelaksanaan webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran awal dalam kalangan pelajar mengenai cabaran keselamatan digital yang wujud seiring dengan perkembangan teknologi AI. Inisiatif ini selaras dengan usaha NADI untuk memperkukuh literasi digital dan membentuk generasi muda yang lebih berdaya tahan terhadap ancaman siber.
Program ini juga menegaskan peranan NADI sebagai pusat komuniti pintar yang aktif dalam menyokong pembangunan pengetahuan digital, keselamatan siber, dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Kempen Internet Selamat & Kaunter Perkhidmatan Pintar NADI di SMK Penambang Kota Bharu
Pada 10 Februari 2026 (Ahad), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Kala dengan usahasama

